Monday, October 19, 2009

Matawang Paling Stabil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat semua? Saya harap anda semua sihat di samping keluarga tercinta. Untuk post kali ni saya ingin berkongsi bersama anda tentang kehebatan matawang dinar dan dirham.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun++

Kita lihat satu contoh..Harga ayam pada zaman Rasulullah s.a.w ialah 1 dirham, hari ini setelah 1400 tahun kemudian pun harga seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Contoh lain pula..Harga kambing pada zaman Rasulullah s.a.w ialah 1 dinar, hari ini setelah 1400 tahun kemudian pun masih lagi berharga 1 dinar seekor kambing.

Kenapa Membeli Emas?

Emas merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas yang stabil sangat menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman nabi Muhammad s.a.w hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar.

Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

Ia membuktikan bahawa dalam jangka masa panjang emas merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas. Selain itu, emas tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Apakah itu dinar?
publicdinar1_clip_image001_0000.gifDinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)

No comments: