Tuesday, November 24, 2009

Harga emas melonjak ke paras tertinggi

Harga emas melonjak ke paras tertinggi antara USD1,166 hingga USD1,167 seaun pada penutup urus niaganya di Hong Kong semalam apabila pelabur beralih kepada komoditi itu berikutan kelemahan mata wang Amerika Syarikat (AS).

Harganya dibuka pada harga antara USD1,158 hingga USD1,159 seaun.

Harga logam itu meningkat kepada USD1,145 hingga USD1,146 seaun pada penutupan Jumaat lalu apabila harga saham di Wall Street jatuh bagi hari ketiga berturut-turut dan mata wang AS juga terus merosot berikutan kadar faedah yang sangat rendah.

Urus niaga ditutup pada harga tinggi Jumaat lalu, dan ia mempengaruhi banyak belian pagi ini.

"Orang ramai terus berbicara mengenai pembelian emas bagi pendedahan jangka panjang kerana nilainya yang tinggi," kata Pengarah Mitsui Bussan di Hong Kong, Anderson Cheung.

Harga emas meningkat 11.5 peratus sejak awal November lalu, apabila bank pusat India membeli 200 tan emas daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

"Kita mungkin boleh melihat aktiviti meraih untung pada sesi pembukaan harga di London, tetapi aliran menaik sudah terbentuk.

"Adalah mudah untuk menaikkan harga emas ketika ini. Sentimen dalam pasaran emas telah berubah sejak aktiviti penjualan emas IMF kepada bank pusat India," kata Ketua Peniaga Emas di Fortis, Hong Kong, Wallace Ng. -AFP

sumber: Berita Harian(Ekonomi) Selasa 24 November 2009 / ms27

***************************************

Perrrrrrrgh....harga emas luar biasala naiknya....jangan tunggu2 kalo nk beli emas ni....ada duit je labur.....ada duit je labur......pastu lebur...heheheh...takde ah.

semalam si Masri nama diberi telah jual gold bar public gold 20g dia dgn harga rm2807(harga website public gold)....dia beli dulu bulan 6/2009 rm2226 jee....cuba kira berapa dia untung dalam masa tak sampai 6 bulan dia beli.

En Kamil beli dinar ari jumaat 20/11/09 masa tu 1 dinar harga rm571.......semalam 23/11/09 dia beli lagi tp masa tu harga 1 dinar dah jadi rm582 dah.........tapi takpe...bukan rugi pun.

Baru2 ni lepas raya puasa bulan 9/2009 aku gi bukak akaun tabung haji untuk anak aku.....besala budak2 ni selalunya dpt banyak wit raya kan...jadi aku simpanla rm500 untuk simpanan masa depan dia....masa tu harga emas 1 dinar baru rm470++.......nak jadi ke crita hari ni 1 dinar dh rm583 pukul 1.05pm...........duit tabung haji anak aku masih tak bergerak2 lagi....duk rm500 kt situ je ler.

So kawan2 boleh pikirla sendiri tentang contoh2 yg aku duk cerita kt korang ni....banyak keuntungan melabur dalam komoditi emas ni.....so, beli ler emas.......selamat menyimpan emas....

aku cau dulu....nak gi servis keta jap.....besok nk balik kampung...raya haji ngan family...adios......wassalam.


Tuesday, November 10, 2009

Zakat Emas

Assalamualaikum.

Kali ini kita bercerita tentang zakat emas yang anda simpan atau pakai.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Zakat diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah termasuklah zakat emas.

Emas adalah logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas emas ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. At-Taubah: ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM10,200 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 255

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Melaka menetapkan kadar uruf adalah 120 gram emas.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Jumlah kadar uruf adalah bergantung kepada penetapan negeri masing2. Ia tiada penetapan kadar yang tetap. Tuan-tuan boleh rujuk di pusat zakat negeri masing2.

contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 120gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 120 gram = 130gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (130 gram x harga semasa)
= 2.5% x (130 gram x RM120)
= RM 390 (ni jer jumlah yang perlu dibayar zakat)

Seseorang boleh membayar zakat yang tertunggak dari tahun-tahun yang lepas dan dikenali sebagai Qadha Zakat. Kadarnya tetap sama iaitu 2.5% dan tiada sebarang denda atau penalti dikenakan.