Wednesday, December 3, 2008

Membeli dan menyimpan gold bar/bullion

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.

Berdasarkan pengetahuan saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.














PAMP gold bar 100 gram

Gold bar ni boleh dibeli kat Habib Jewel, UOB bank dan kedai emas tertentu.
Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram ni.

Emas ni sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.
Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.

Gold bar ni boleh didapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.

Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ada. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.

Emas ni dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar je ler. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya.

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya)
















Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.

By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/

Emas ni kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Ni kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas ni kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.
Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar,dinar emas dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)

Laman web Public Gold boleh dilawati di http://www.publicgold.com.my/

Ini gambar yg saya ambil drpd blog Sifu Syukor http://jutawanemas.com/. Beliau telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

Ini gambar gold bar Public Gold:







Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold





Gambar belakang gold bar

Ok, selamat membeli dan menyimpan emas.

Jika ada sebarang pertanyaan atau komen sila ke ruangan di bawah.


5 comments:

Anonymous said...

This paragraph will assist the internet users for setting up new web site or even a
weblog from start to end.

Here is my web-site :: simply click the up coming site ()

Anonymous said...

It is perfect time to make some plans for the future and it's time to be happy. I've read this post and if
I could I want to suggest you few interesting things or
tips. Maybe you can write next articles referring to this article.
I wish to read more things about it!

Here is my site; http://egoldbars.com

Anonymous said...

Every weekend i used to pay a quick visit this web page, as i wish for enjoyment, for the reason that this this site conations actually pleasant funny
stuff too.

Here is my weblog; simply click the next website page (tviou.com)

Anonymous said...

Hmm it appears like your site ate my first comment (it was super long) so I guess I'll just sum it up what I submitted and say, I'm
thoroughly enjoying your blog. I too am an aspiring blog
writer but I'm still new to the whole thing. Do you have any tips for inexperienced blog writers? I'd genuinely appreciate it.


my website :: What is a Dietitian

Anonymous said...

This is a topic that is near to my heart... Cheers!
Where are your contact details though?

Feel free to visit my weblog: what's A registered dietitian