Friday, October 30, 2009

Contoh Paling Mudah

Assalamualaikum semua.

Kali ni saya hidangkan contoh2 yang boleh membuka minda anda semua, insyaallah. Cuba anda fikir dan renung2kan, barangkali pernah dialami oleh anda sendiri tanpa disedari.

Contoh pertama: Cuba bandingkan harga emas semasa anda berkahwin dulu, dengan harga emas hari ni.

Contoh kedua: Cuba anda simpan rm2000 bersama emas bernilai rm2000 juga(simpan bawah bantal) kemudian anda keluarkan selepas 10 tahun, rasa2nya yang mana naik dan yang mana turun dari segi nilai. apa jawapan anda?

Contoh ketiga: Cuba anda bakar sekeping rm50 dan 1 dinar. Apa akan terjadi kepada duit dan dinar tersebut? Duit=abu, dinar=cair(masih emas walaupun cair).

Contoh keempat: Zaman anda sekolah rendah dulu bawa duit belanja 30-50sen, tapi zaman anak anda sekolah sekarang? fikirkan....(susut nilai)

Contoh kelima: Tahun awal 90an harga sekor kambing jantan kampung rm200++ bersamaan 1 dinar, tapi sekarang sekor rm500++ pun masih bersamaan dengan 1 dinar. fikirkan....(susut nilai)

Kesimpulan:

- Duit dimakan inflasi tapi emas tetap stedi.

- Emas adalah pelaburan yang kalis inflasi.

- Duit kertas mengalami kadar susut nilai/inflasi. Contohnya, dulu rm50 boleh beli banyak barang, tapi sekarang boleh beli ciput je barang.

- Emas adalah bahan yang tidak boleh ditiru/diulang cetak/dimusnahkan macam duit kertas dan jika terbakar dan cair pun ianya tetap emas.

- Harga emas meningkat dalam jangka panjang(purata kenaikan 20% ke atas dalam masa setahun) ASB punya dividen baru berapa.

Selamat membeli emas :)

Wednesday, October 21, 2009

Mengapa Melabur Dalam Emas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat sekalian? Saya doakan anda sihat sejahtera adanya. Baik, jom kita berkongsi sesuatu dan sama2 kita renungkan dan fikir2kan.

Membeli emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

Walau bagaimanapun kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli dan menyimpan emas untuk dijadikan sebagai aset pelaburan.

Mengapa melabur dalam emas?

Jawapannya sangat mudah. Melabur dalam emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tetapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.

Anda mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik anda atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika anda inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh digadai atau dijual tetapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Berlainan pula dengan emas yang dikeluarkan oleh syarikat Public Gold yang nilainya hanya susut 5-6 peratus sahaja. Ini amat menguntungkan kita sebagai pelabur.

Nilai emas yang tidak susut menyebabkan simpanan emas mendatangkan keuntungan terutama ketika gelora ekonomi melanda. Anda digalakkan supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan. Secara tidak langsung aset tersebut sebagai insurans untuk diri dan keluarga anda di samping ia menjadi penyimpan kekayaan.

Info

Pelaburan emas terbahagi kepada empat iaitu pelaburan barang kemas, syiling emas, jongkong emas/goldbar dan dinar emas.

Fakta
  1. Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
  2. Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.
  3. Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.

Monday, October 19, 2009

Matawang Paling Stabil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabat semua? Saya harap anda semua sihat di samping keluarga tercinta. Untuk post kali ni saya ingin berkongsi bersama anda tentang kehebatan matawang dinar dan dirham.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun++

Kita lihat satu contoh..Harga ayam pada zaman Rasulullah s.a.w ialah 1 dirham, hari ini setelah 1400 tahun kemudian pun harga seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Contoh lain pula..Harga kambing pada zaman Rasulullah s.a.w ialah 1 dinar, hari ini setelah 1400 tahun kemudian pun masih lagi berharga 1 dinar seekor kambing.

Kenapa Membeli Emas?

Emas merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas yang stabil sangat menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman nabi Muhammad s.a.w hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar.

Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

Ia membuktikan bahawa dalam jangka masa panjang emas merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas. Selain itu, emas tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Apakah itu dinar?
publicdinar1_clip_image001_0000.gifDinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)

Sunday, October 18, 2009

Pelabur beralih kepada emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika sebelum terfikir untuk melabur dalam emas, saya masih tercari2 alternatif pelaburan yang baik dan menguntungkan. Sebelum tu kejatuhan ekonomi masih belum merebak hinggalah suatu ketika saya terlihat kedudukan saham utama bursa malaysia di dalam berita hampir semua indeks menunjukkan saham jatuh. Apa yang tidak jatuh pada ketika itu hanyalah komoditi emas.

Bermula daripada situlah timbul minat saya untuk mengetahui tentang pelaburan emas dengan lebih lanjut dan ditakdirkan terjumpa blog sifu syukor admin jutawanemas.com. Terima kasih banyak2 kepada beliau kerana telah membuka mata saya dan pelabur2 yang lain.

Anda boleh baca situasi ekonomi dan pasaran saham di portal surat khabar online, contohnya:

Utusan Online melaporkan "Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur" ( klik sini )

Berita Harian Online melaporkan "saham perbankkan rugi teruk" ( klik sini )

Kosmo Online melaporkan "Panik landa bursa saham dunia" ( klik sini )

kosmo Online melaporkan "Dunia selamatkan bank yang makin goyah" ( klik sini )

Apa terjadi kepada emas?

Yang bestnyer..

Emas tetap teguh, stabil dan telah menjadi pilihan pelabur sebagai "pelaburan selamat" (safe heaven)

Dengan kata lain, emas juga yang menjadi pilihan pelabur apabila berlaku sebarang krisis kewangan.

Justeru, ini juga merupakan sebab terbaik untuk kita mula melabur/membeli emas.

1. Harganya stabil. Tidak naik turun dengan drastik
2. Harganya tetap akan menaik dalam jangkamasa panjang
3. dalam keadaan krisis, emas menjadi pilihan utama pelabur

Saya menjangkakan, dengan trend ekonomi dunia sekarang yang merudum, harga emas akan naik.. naik...naik....

Apa tunggu lagi.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

Tuesday, October 13, 2009

Sejarah Kemunculan Gerakan Anti Hadith

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi post kali ni saya ingin berkongsi bersama anda tentang kemunculan golongan2 anti hadith. Maklumat yang saya tulis dalam blog ni telah dicedok daripada nota2 pembelajaran saya. Semoga maklumat ini menjadi salah satu ilmu yg bermanfaat buat anda semua.

Sejarah Kemunculan Gerakan Anti Hadith

Generasi sahabat menerima dan mengiktiraf institusi Hadith sebagai sumber syarak. Mereka amat perihatin dan menunjukkan sikap kepatuhan yg amat tinggi terhadapnya. Namun, pada pertengahan kurun pertama hijrah, umat Islam telah diuji dengan kemunculan golongan yang tidak mahu menerima institusi tersebut sebagai hujjah syarak samada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Golongan2 tsebut ialah:

1. Puak Syi'ah - Golongan ni berpegang kepada prinsip bahawa semua Sahabat Nabi kecuali beberapa orang daripada mereka adalah kafir kerana kononnya mereka telah murtad setelah kewafatan Baginda Rasulullah, atau sekurang2nya fasik kerana kononnya telah berlaku zalim dengan merampas hak Ali bin abi talib R.A sebagai khalifah selepas Baginda s.a.w. Mereka menolak majoriti sahabat termasuklah sahabat2 besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, Tolhah, Az-zubair dan semua mereka yang terlibat dalam perselisihan dengan Ali. Justeru, mereka menolak kesemua Hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat tersebut.

2. Puak al-Khawarij - Golongan ini sebenarnya terkeluar daripada Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang bermaksud:

" Mereka terkeluar daripada agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya ". (Al-Bukhari, t.th, 6: 376, no.3344).

Golongan ini dinamakan al-Khawarij yang bermaksud " orang2 yang keluar ", kerana mereka mengisytiharkan keluar daripada mentaati khalifah Islam. Ini berlaku selepas khalifah Ali bin Abi Talib r.a menerima perdamaian dengan Muawiyah R.A melalui " Majlis Tahkim ".

Seperti Syi'ah mereka juga menolak Hadith kerana berpegang kepada prinsip bahawa semua sahabat telah menjadi kafir selepas peristiwa pembunuhan Usman R.A. Golongan ini telah mengkafirkan Ali, Usman, sahabat yang terlibat dalam peperangan ' Jamal ' dan ' siffain ' serta mereka yang redha dengan " Majlis Tahkim ". Berdasarkan prinsip yang batil ini, mereka menolak Hadith kerana semua sahabat dikira tidak thiqah dan tidak boleh dipercayai.

3. Golongan al-Mu'tazilah - Ulama' al-Firaq seperti Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq dan Ash-Sharustani dalam kitabnya al-Milal Wa an-nihal, telah membahagikan kumpulan ini kepada lebih 20 puak, berdasarkan kepada pengasas2nya. Puak2 ini mengambil sikap yang berbeza2 terhadap Hadith, antaranya menolak secara keseluruhan dan menerima Hadith mutawatir sahaja tetapi menolak Hadith ahad. Antara puak2 yang masyhur daripada golongan ini ialah:

- Al-Wasiliyyah, iaitu pengikut2 Wasil bin Ata'. Golongan ini menolak sebahagian besar Hadith keranaa mereka ragu terhadap keadilan dan kethiqahan sahabat yang terlibat dalam perselisihan di zaman fitnah.

- Al-Amrawiyyah, iaitu pengikut2 Amr bin Ubaid. Sikap puak ini terhadap Hadith adalah sama dengan puak Al-Wasiliyyah.

- Al-Huzailiyyah, iaitu pengikut2 Abu Al-Huzail, Muhd bin Al-Huzail yang terkenal dengan gelaran Al-Allaf. Puak ini menolak Hadith ahad sahaja.

- An-Nazzamiyyah, iaitu pengikut2 Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sayyar yang terkenal dengan gelaran An-Nazzam. Puak ini bukan sahaja menolak Hadith ahad, bahkan mereka mengatakan bahawa hadith mutawatir itu pun tidak sabit secara qat'ie sebagaimana pendapat ahli sunnah wal jamaah.

4. Golongan Anti Hadith Pada Zaman Moden

- Golongan Al-Mustasyriqun (orientalis). Sikap orientalis barat terhadap hadith adalah manifestasi sikap mereka terhadap Islam secara keseluruhannya. golongan ini mengkaji dan mendalami Islam bukan kerana iman tetapi untuk mencari titik kelemahan bagi merosakkan Islam supaya manusia tidak lagi tertarik kepada Islam. Mereka mencipta pelbagai andaian (hyphotesis) tentang kelemahan2 yang kononnya terdapat dalam Islam khasnya yang berkaitan dengan hadith dan kemudian mereka bina andaian2 tersebut dengan hujjah2 rekaan yang kononnya cukup saintifik. Sedangkan pada hakikatnya, hujjah2 tersebut terbukti amat longgar, mendedahkan pekong di dada mereka sendiri.

Golongan ini dipelopori oleh sarjana barat sperti Goldziher melalui bukunya Muhammadishe Studien yang dianggap sebagai " The Holy Bible of Orientalisme ". Begitu juga Joseph Schact seorang berbangsa Jerman yang terkenal dengan beberapa buah buku seperti The Origins of Muhammadan Jurisprudence.

- Golongan Al-Quraniyyun (Jemaah al-Quran). Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1902M, di Lahore(ibu negeri punjab) oleh Abdullah Jakralawi. Dengan memakai label al-Quran, mereka kononnya menyeru supaya kembali kepada ajaran al-Quran, tetapi pada masa yang sama mengajak supaya meninggalkan Hadith melalui syubuhat2 yang sengaja direka oleh mereka bagi mengelirukan orang ramai.

Antara individu2 yang kuat mendokong gerakan ini ialah, Ghulam Ahmad Barwiz, Al-Hafiz Mohd Aslam, Ahmad Ad-Din dan Muhd Rashad Khalifa yang terkenal dengan ' kod 19 '.

- Golongan Al-Ilmaniyyun(sekularis). Golongan terdiri daripada ahli2 akademik Islam yang belajar di Barat, para wartawan dan karyawan2 majalah yang terpengaruh dengan idea2 orientalis barat dan idea2 golongan al-Quraniyyun. Mereka yang sepatutnya menjadi kader dakwah bagi umat Islam untuk mempertahankan Islam telah memilih untuk menjadi 'boneka' dan 'talibarut' musuh Islam di tanahair sendiri.

Dalam konteks negara2 Islam Timur Tengah, individu2 seperti Taufik Sidqi, Dr. Ismail Adham, Dr. Ahmad zaki Abu Shadi, Ahmad Amin, Mahmoud Abu Rayyah dikenali sebagai pelopor anti hadith di sana. Manakala dalam konteks Nusantara pula individu2 seperti Kasim Ahmad, Othman Ali(malaysia), Muhd Ircham Sutarto dan Nurhasan Ubaidah Lubis Amir(Indonesia) memang tidak asing lagi sebagai pencetus kontroversi tentang hadith.

Kemunculan dan gerakan anti hadith ini telah menarik perhatian ramai ulama' Islam semasa untuk mengkaji buku2 mereka serta menjawab segala tuduhan, dakwaan dan syubuhat yang dilontarkan. Antaranya ialah Prof. Dr. Muhd Mustafa al-A'zami melalui dua buah bukunya yang hebat iaitu Dirasat fi al-Hadith an-Nabawi dan Manhaj al-Muhaddithin fi Naqd al-Hadith, Prof. Dr. Muhd Mustafa as-Siba'ie melalui bukunya As-Sunnah Wa Makanatuha fi at-Tasyri' al-Islami, Sheikh Abd Al-Ghani Abd Al-Khaliq melalui bukunya Hujiyyat As-Sunnah dan lain2 lg.

Monday, October 12, 2009

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

Assalamualaikum sahabat,

Bagi post kali ni saya ingin berkongsi tentang MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah. Kita lihat kepada satu contoh.....Wang Ringgit / Note RM50

Cuba anda pegang wang kertas RM50

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”Jawapan.. Boleh.. senang sangat.

Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda.

Laporan akhbar – Harian Metro 22/8/2009
"KISAH RUMAH WARGA TUA / WARGA EMAS MUSNAH DIPANAH PETIR....HABIS DUITNYA YG BERNILAI RM1000 HANGUS DI JILAT API"

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.

Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.

Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web http://www.kitco.com/ dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Contohnya pada tahun 2001, jika anda membeli barang kemas 916 pada ketika itu harga emas baru RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!! Cuba bayangkan sudah berapa keuntungan yang anda telah dapat.

3. Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa panjang

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.

Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? Rata-rata ibu bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman(tak termasuk tambang bas).

Dengan kata lain ibu bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10kali ganda untuk membeli barang yang sama. Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

4. Emas adalah aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Anda boleh membaca kisah kegagalan wang kertas di sini http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/
Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan. Anda boleh membaca kisah tersebut di sini http://jutawanemas.com/v1/news/dalam-apa-jua-situasi-ekonomi-dan-politik-menyimpanemas-

Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

KESIMPULAN:

Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.