Tahukah Anda bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?
Ya, ada! iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah lama wujud, cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007 dicatatkan bahawa kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wowww..sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 7-10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Jika anda perhatikan, setiap hari semakin banyak kedai-kedai yang membeli EMAS-EMAS LAMA @ TERPAKAI muncul di sekitar anda. Mengapa???? Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.
Antaranya ialah anda boleh memulakan langkah pertama dengan cara membeli emas fizikal dan simpan. Apabila harga emas naik anda boleh jual. Sudah tentu menguntungkan.
Anda boleh mencubanya untuk simpanan jangka pendek ataupun jangka panjang. Seelok-seeloknya simpanlah untuk jangka panjang kerana keuntungannya akan berlipat kali ganda berbanding dengan harga semasa anda membeli emas tersebut.
Besok anda pergi ke bank dan buka akaun ASB kemudian anda labur rm10,000....Dalam masa yang sama anda beli gold bar yang berharga rm10,000 dan anda simpan. 5tahun kemudian anda keluarkan kesemua duit hasil pelaburan ASB dan anda jual gold bar tersebut. Kemudian anda bandingkan keuntungan emas dan ASB, yang mana lebih menguntungkan. Kalau nak tau cubalah...(contoh jer ni)
Setakat ini dahulu. Selamat melabur.
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)